Biografi Farah Asyikin

Muzik

Sebenarnya, Farah sudah lama menceburi bidang hiburan sebelum menyertai pertandingan nyanyian TV pada pertengahan 2000-an. Pemegang Diploma Lanjutan Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing ini menjayakan iklan TV pertamanya seawal usia 16 tahun iaitu iklan snek Twisties. Beliau mula dikenali sebagai penyanyi apabila menghasilkan single Kembali Lagi Di Sisimu menerusi album kompilasi Bebas yang dihasilkan untuk mempromosikan produk Salem Cool Planet. [1]

Farah Asyikin sudah mengeluarkan sebuah album di bawah naungan Nature Records pada Mei 2007, tetapi hubungannya dengan syarikat rakaman bebas tersebut dikatakan keruh gara-gara syarikat itu menangguhkan pengedaran albumnya. Pada hujung tahun 2007, Farah turut membuka syarikat pengurusan sendiri iaitu Farah Asyikin Management Entertainment.[2]

Pada April 2008, Farah Asyikin mengharumkan nama Malaysia di nusantara dengan meraih anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008.[3]

Keluarga

Farah Asyikin binti Datuk Zulkifli dilahirkan pada 11 November 1979 sebagai anak sulung daripada empat adik-beradik. Pada 12 Mei 2007, Farah Asyikin mengahwini Dr. Fariz Yahya, seorang doktor bedah[1], setelah bertunang pada 10 Disember 2006[4], namun pernikahan itu bertahan setakat setahun lalu mereka berdua sah bercerai pada 26 Mei 2008.[5]

Beliau kini telah bertudung. Selepas menamatkan kerjaya penyanyi beliau kini menghabiskan dengan badan kebajikan,beribadah dan sebagainya[6][7] .Pada 2013 Farah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Afrika Selatan bernama Zahir Stanley dan melahirkan anak sulung Ebrahim Owais pada Mac 2014 tetapi hubungan Farah dengan Zahir tidak perpanjangan apabila bercerai pada 2015 kemudian meneruskan kehidupan membesarkan anak sulung itu sebelum berkahwin Iskandar Mokhtarudin,seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat minyak dan Gas terkemuka di Malaysia juga bapa tunggal pada Januari 2017.